top of page

BALING, 20 April  Gua Komunis yang terletak di daerah ini akan diwartakan sebagai tapak pelancongan berdasarkan kepentingan sejarahnya semasa zaman darurat.

Pegawai Daerah Baling, Datuk Dzohir Md Zain berkata dengan pewartaan itu nanti diharapkan gua yang menjadi tempat perlindungan dan markas pasukan komunis ketika itu akan terus terpelihara.

"Penemuan gua ini yang merupakan kawasan strategik pejuang komunis untuk berlindung semasa era komunis di Baling.

Gua Komunis ini sememangnya mempunyai kepentingan sejarah Malaysia, jadi sangat wajar ia diwartakan," katanya 

Kuala Lumpur: Isu pelaut tempatan dipinggirkan kini tidak banyak mendapat tempat di akhbar-akhbar dan media elektronik dan ia juga sering dikaitkan dengan penurunan ekonomi minyak dan gas tetapi dalam ekonomi perkapalan bukan setakat ini sahaja perlu dilihat untuk pengangkutan yang menggunakan kapal malahan perlu dilihat dalam aspek menyeluruh termasuk kapal jenis kargo kontena, penumpang, roro, persiar, tunda, Chemical, Bulk Carrier dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong dari DAP, Goh Leong San diisytihar sebagai wakil Bebas, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Speaker Dun, Datuk Wira Othman Muhammad, dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka Ke-13, di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi di seluruh negara untuk tempoh dari 13 hingga 19 Mac, mencatat penurunan sebanyak 309 kes atau 12.1 peratus.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Jumaat, berkata sejumlah 2,247 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan, berbanding 2,556 kes pada minggu sebelumnya.

KUALA LUMPUR 22 MAC: Sekatan Presiden Amanah, Mohamad Sabu memasuki Sarawak membuktikan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satim begitu takut dengan Pakatan Harapan menjelang pilihan raya negeri itu yang dijangka diadakan April depan.
Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu bersama pegawai khasnya, ditahan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Sibu sekitar 10.30 pagi tadi tanpa diberikan sebarang alasan.
Beliau yang dijadual mengadakan lawatan kerja dua hari sempena PRN, diarah pulang meninggalkan Sarawak dan kini dalam perjalanan balik ke Semenanjung.
Bagaimanapun, menurut Mat Sabu, larangan tersebut dikeluarkan atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, 

''Kerana tapisan Allah S.W.T, Bagi mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan'' - Razman Zakaria

 

IPOH, 23 Mac - Itu yang diucapkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipetik dalam Harakahdaily.net. yang bertajuk "PAS tidak melayan parti seperti itu". Tambahnya lagi dalam artikel tersebut beliau menyatakan bahawa PAN adalah sebuah parti yang terlalu akur mengikut telunjuk DAP, PAN juga tertubuh adalah kerana kekalahan para pemimpin parti itu didalam PAS.

 

Razman juga diakhir ayat artikel tersebut menegaskan bahawa PAS tidak perlu untuk meminta maaf kepada sesiapa pun kerana PAS bergerak dilandasan al-Quran dan Sunnah

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan momentum pada tahun ini dengan penerbitan sukuk bernilai di antara RM100 bilion hingga RM120 bilion tahun ini, dipacu oleh projek-projek infrastruktur, kata RAM Ratings.

Agensi penarafan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pasaran domestik mencatatkan sukuk baharu bernilai RM8.4 bilion pada Januari, naik 42.3 peratus dari tahun ke tahun.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Serpihan dipercayai dari enjin MH370 ditemui di Afrika Selatan

March 22, 2016

Serpihan yang dijumpai di sebuah pantai di Afrika Selatan akan dihantar untuk dianalisa untuk diketahui sama ada dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dengan misteri 2 tahun lepas.

Malaysia dipetik akhbar The Guardian sebagai berkata akan menghantar pasukan untuk mengambil dan menganalisa serpihan enjin tersebut.

Serpihan itu dijumpai berhampiran Mossel Bay, sebuah pekan kecil di wilayah Western Cape di kawasan pantai selatan Afrika Selatan oleh seorang ahli arkeologi Neels Kruger yang kebetulan sedang berjalan di pesisiran pantai itu Isnin lalu.

Badan Pengangkutan Udara Afrika Selatan (SACAA) berkata dalam sebuah kenyataan yang serpihan itu sedang dalam penilaian dan akan diserahkan kepada pihak Malaysia jika ia didapati memang berasal dari sebuah pesawat udara.

Mossel Bay terletak lebih 2000km dari kawasan peranginan Vilankulo, Mozambique di mana serpihan yang disyaki dari MH370 ditemui awal bulan ini.

KANGAR, 23 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan pembenihan awan dalam usaha menangani keadaan cuaca panas dan kering yang dialami sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Namun beliau berkata usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca yang membolehkan pembenihan awan untuk mewujudkan awan kumulonimbus dilakukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BANGI, 23 Mac (Bernama) -- Keganasan persepsi yang berleluasa kini melalui pembunuhan karakter, boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata penularan gejala itu boleh mencetuskan keadaan panik serta huru-hara kerana ia menjejaskan kepercayaan serta keyakinan terhadap seseorang individu.

 

KUALA LUMPUR, 23 Mac -- Malaysian Buskers Club (MYBC) merancang untuk membangunkan hab perkampungan seni jalanan untuk memartabatkan industri buskers.Presidennya Wady Hamdan berkata hab itu akan membolehkan penggiat seni jalanan mengadakan aktiviti yang lebih teratur, intensif dan menyeluruh.Katanya hab itu dirancang untuk menempatkan kolej penghibur jalanan, rumah inap, galeri dan menjadi tempat rasmi mereka untuk mengadakan persembahan selain menjadi tarikan pelancong.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menghantar cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan semua portal berita dan blog didaftarkan dengan kerajaan.
Menterinya Salleh Said Keruak memberitahu wartawan di lobi Parlimen bahawa kertas cadangan undang-undang ini telah dihantar, lapor portal berita The Star.
Salleh menambah yang kementeriannya mempunyai set kriteria yang hanya mensasarkan portal dan blog yang politikal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga di negara ini. Ini menunjukkan yang institusi perkahwinan semakin merapuh di negara ini.

Apakah yang difikirkan oleh pemerintah negara sehinggakan penceraian yang dianggap oleh masyarakat adalah perkara yang terpencil telah menjadi permasalah yang sukar di bendung sehingga hari ini.Adakah beban ini harus diletakkan oleh sesetengah pihak sahaja atau hanya perlu di salahkan pasangan yang bercerai sahaja.

Statistik berita yang diperoleh untuk setiap 3 tahun ini telah menunjukkan bahawas pada 2019 kadar penceraian dijangka meningkat kepada 10 penceraian bagi setiap jam. Adakah negara maju dan membangun itu memerlukan pengorbanan rakyat untuk bercrai.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia digesa mempercepatkan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian rumah berharga RM2.8 juta yang didakwa di bawah harga pasaran.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan sekiranya hasil siasatan mempunyai bukti kukuh, SPRM perlu mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mengambil tindakan pendakwaan ke atas Guan Eng.
Dalam satu kenyataan, Mahfuz menyatakan be

IPOH: Percubaan untuk menculik seorang wanita wanita warganegara kemboja berumur 19 tahun telah gagal di plaza tol Ipoh, lebuhraya utara dan selatan pada malam tadi.
Percubaan menculik itu dilakukan oleh 4 orang lelaki tempatan dan seorang lelaki Bangladesh berusia 21 hingga 49 itu ketika wanita kemboja itu sedang keluar untuk membeli barang untuk pihak majikannya.
Menurut ketua polis daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, pihak polis terus 

KUALA LUMPUR: Semua anggota Pemuda UMNO diberi amaran agar tidak menyertai 'Himpunan Selamatkan Malaysia' pada 27 Mac ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin menegaskan, mana-mana anggota yang didapati terlibat atau menyertai perhimpunan itu akan dikenakan tindakan displin.
"Bagi anggota kami (Pemuda) mereka tidak

Najib berkata serangan itu mengingatkan kepada perlunya negara-negara bersatu dan menentang ancaman ekstremisme. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut dan terperanjat dengan serangan bom di Brussels, ibu negara Belgium, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 34 nyawa hari ini.
Beliau berkata serangan itu mengingatkan kepada perlunya negara-negara bersatu dan menentang ancaman ekstremisme.
"Ingatan dan doa seluruh rakyat Malaysia untuk mangsa dan keluarga mereka," kata beliau dalam akaun Facebook dan

Kuala Lumpur 23 Mac – Terdapat sekumpulan remaja yang melalukan seni jalanan di ibu kota pada waktu pagi.Wartawan kami sempat merakamkan kejadian tersebut, dan sempat bertemu ramah dengan kumpulan itu. Mereka mengatakan mereka melawan melalui seni yang dipanggil “ STENCIL” yang hanya menggunakan spray cat dan kertas yang sudah dipotong.Mereka bergiat aktif pada waktu bila-bila sahaja.Selain bergiat aktif “Stencil” mereka juga bergiat aktif melakukan “ WheatPasted “ dimana mereka hanya menggunakan Gam PVA, dan kertas yang telah dicantum kan mengikut “ Design “ dan menjadi size yang besar.Seni jalanan ini bukan sahaja di malaysia malah di luar negara juga ada yang membuat kumpulan atau sebuah kolektif untuk melawan melalui cara seni dan sebagainya.

Rancangan Clever Girl terus dipersenda selepas komen "IQ tinggi" penerbit

March 22, 2016

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Pengguna media sosial terus mengecam rancangan Clever Girl yang disifatkan sebagai sebuah program yang tiada pengisian dan hanya mengeksploitasi wajah cantik peserta.

Komen yang diberi pihak penerbit bahawa peserta rancangan tersebut mempunyai "IQ tinggi" terus dipersendakan ramai pengguna media sosial.

Antaranya pengguna twitter @1obefiend berkicau begini:

"IQ tinggi lepas tu kau tanya dia nama pelakon CICAKMAN. Apa lanjut? 

Highway Bukan Jalan Penyelesaian Kesesakan Di KL

March 21, 2016

Plaza Loke Yew : 22 March 2016, lebuhraya kini bukan lagi menjadi alternatif kepada para pemandu untuk mendapatkan laluan yang lancar. Kejadian kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan sini pagi ini bukanlah keadaan kali pertama. Malah, rata-rata pemandu memang sudah bersedia dan sedia maklum dengan keadaan lebuhraya yang tidak menentu. Selain dari Lebuhraya ini, banyak jalan-jalan lain di sekitar KL menghadapi masalah yang sama. Lebih-lebih lagi, pada waktu-waktu suntuk.

Peningkatan jumlah pemandu jalan raya dikatakan menjadi punca kesesakan ini berlaku.

Kes rompak Puncak Jalil

March 21, 2016

BUKIT JALIL: Kejadian rompakan pada awal pagi tadi berlaku sekitar jam 4:50 pagi waktu tempatan di Petronas Puncak Jalil. 

 

Penjaga kaunter terdiri daripada 2 orang warga Bangladesh mengesahkan kejadian berlaku pada awal pagi melibatkan 3 orang suspek lelaki berbangsa melayu. 

 

Sebanyak 50 kotak rokok pelbagai jenama dan sejumlah wang ribuan ringgit telah dilarikan 3 suspek tersebut semasa kejadian.

 

Please reload

bottom of page