top of page

Lagenda bolasepak dunia; Johan Cruyff telah meninggal dunia sebentar tadi setelah bertarung selama beberapa tahun terhadap penyakit kanser paru-paru

Beliau yang meninggal dunia pada umur 68 merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan falsafah Total Football dan direvolusikan di Barcelona dengan konsep 'tiki taka'.

EREMBAN, 23 Mac (Bernama) -- Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara menampilkan aksi bergaya apabila menewaskan pasukan B-22 Filipina 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, Rabu malam.

Skuad muda negara mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa pertama dengan gol pembukaan menerusi Muhammad Arif Farhan Md Isa pada minit ke-18 ekoran kesilapan pertahanan lawan.

Skuad negara yang dibimbing Frank Bernhardt tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol kedua menerusi S. Kumaahran pada minit ke-29 selepas menerima hantaran N

Man City yakin Guardiola mampu pikat Messi

March 22, 2016

Manchester City yakin kedatangan Pep Guardiola sebagai pengurus kelab itu musim panas nanti akan menjadikan kelab tersebut pilihan pertama Lionel Messi jika beliau mahu berpindah dari Barcelona.

Walaupun dipercayai Messi mahu kekal di Barcelona, kehadiran Guardiola di City dilihat kemungkinan mampu menggoda pemain terbaik dunia itu untuk menyertai kelab yang dimiliki cukong UAE, Abu Dhabi United Group.

Pemain berusia 28 tahun itu kini sedang menghadapi tuduhan mengelak cukai. Messi serta ayahnya menafikan tuduhan tersebut. Sebutan kes di mahkamah di Barcelona akan didengar pada 31 Mei ini.

City yakin dengan adanya Guardiola, mereka mampu menarik minat nama-nama besar seperti Neymar dan Sergio Busquets untuk berhijrah dari Barcelona selain Messi.

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Pemain nombor dua wanita negara, Delia Arnold terkeluar daripada kejohanan skuasy Terbuka British 2016 setelah kalah kepada pemain Denmark, Line Hensen.

Dalam kejohanan di Universiti Hull itu pada Selasa, beliau yang merupakan pemain pilihan ke-14 kejohanan menang 11-9 dan 11-8 dalam dua set pertama tetapi kalah 8-11 pada set ketiga dan 5-11 dalam set keempat dan 9-11 dalam set penentuan.

KUALA TERENGGANU, 23 Mac (Bernama) -- Pasukan Hoki Terengganu (THT) bakal menggunakan khidmat empat pemain dari Korea dan seorang dari Pakistan tahun ini, kata Presidennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid.

Beliau berkata sebelum ini lima pemain dari 

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Juara remaja Asia 2013, Soo Teck Zhi yang masih mencari peluang mencipta nama di peringkat senior, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka New Zealand di Auckland hari ini.

Teck Zhi, 20, melepasi halangan pusingan keduanya selepas menundukkan pemain Australia, Pit Seng Low 21-8, 21-6 untuk menempah pertemuan dengan 

BEKAS pemain Kelantan, Austin Amutu menuntut Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk melunaskan hutang gajinya yang berjumlah RM170,000.

Pasukan Pamoga Qu Puteh-The Red Warriors atau demi tidak membazir ruang siber, panggil sahaja pasukan Kelantan telah meminjam Amutu dari Warri Wolves FC yang beraksi di Liga Nigeria.

Walau bagaimanapun, Amutu menjelaskan

Please reload

bottom of page