top of page

Saya mengambil satu subjek yang dipanggil Falsafah Pendidikan. The Philosophy of Education.

Bayangkan, pensyarah bagi kami nota pada minggu pertama. Minggu kedua, dia bacakan nota di

hadapan kelas. Minggu ketiga, dia suruh kami bahagi kumpulan, dan buat presentation berdasarkan

tajuk-tajuk dalam nota, berpandukan nota. Minggu keempat, kelas batal. Minggu kelima, dia bagi

assignment. Minggu keenam, dia baca semula nota yang dia bagi pada minggu pertama pada kami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya tak tahu kenapa, tapi sepanjang saya belajar di universiti tempatan, pensyarah kita suka betul mengulang baca apa yang mereka tampal di nota-nota. Saya selalu cakap kat diri sendiri, kalau sekadar benda macam itu, saya boleh buat sendiri di bilik.

Habis kelas, saya terus ajak Lola ke kampung sebelah untuk minum petang.

Macam biasa, Lola akan mengadap telefon bimbit. Dan saya tak mahu membebel bagaimana canggungnya saya untuk bercerita tentang teknologi, yang dalam masa sama merapatkan-merenggangkan hubungan sesama manusia. Saya lebih tertarik dengan bagaimana kita mahu memberi real impact di laman maya sambil membuang masa di laman sosial.

 

Please reload

bottom of page