top of page

Apabila Nureel Mahatheer (bukan nama sebenar) menghantar kertas tesisnya buat pertama kalinya untuk diterbitkan dalam jurnal akademik, dia tidak menyangka masalah yang terpaksa dihadapinya.

 

Dia telah menghabiskan masa hampir 2 tahun untuk menyelidik, membaca dan memahami pelbagai macam untuk subjek dan bidangnya.

 

Nureel menghantar tesisnya ke penerbit jurnal universitinya. Selepas sebulan, dia diberitahu kertas ditolak. Sebab yang diberikan agak remeh -  Bibliografi tidak lengkap. "sikit" sangat rujukan yang disenaraikannya.

Amarah dan rasa geram Nureel dikongsi ramai calon-calon Phd, para akademik dan mereka yang bersungguh mahu menyumbang kepada penyelidikan dan ilmiah tidak kira apa sahaja bidang.

 

Ramai yang berasa terperangkap dan terpenjara dengan rutin kitaran menulis, menyemak, reviu, ditolak, reviu semula, reviu semula lagi. Semua ini merampas masa, mengganggu kerja cari makan, memakan kos melebihi geran yang diterima. Paling utama sekali dalam konteks artikel ini - menggagalkan penyampaian maklumat ilmiah.

Please reload

bottom of page