top of page

Tun Mahathir letak jawatan Pengerusi Proton, Lotus

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan telah meletakkan jawatannya sebagai

pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton). Selain itu, beliau juga dilaporkan telah meletakkan

jawatan di tiga badan lain yang berkaitan kerajaan iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP),

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Dengan perletakan jawatan itu, beliau turut menamatkan khidmatnya sebagai Pengerusi Group

Lotus Plc.

Menurut kenyataan yang disiarkan di blognya, surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengarah

DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Mahathir sebelum ini mengumumkan keputusan keluar Umno kerana tidak berpuashati dengan

pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terutama dalam isu melibatkan 1MDB dan

derma politik berjumlah RM2.6 bilion.

Beliau juga mengetuai Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang dan NGO dalam usaha

menggesa Najib berundur.

Kabinet pada 11 Mac lalu menamatkan perkhidmatan Mahathir selaku penasihat Petronas kerana

berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Pihak Proton dalam kenyataan mereka turut merakamkan penghargaan terhadap Dr. Mahathir

diatas sumbangan, komitmen serta dedikasi beliau terhadap Proton sejak 2013 dan mengiktiraf Tun

Dr Mahathir sebagai pengasas syarikat.


bottom of page