top of page

Pendebat Terbaik Asia Tegur Hadi Awang

Kuala Lumpur: Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru melahirkan

rasa kecewanya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri abdul Hadi Awang dalam isu 1Malaysia

Development Berhad (1MDB).

Tegas beliau, parti Islam itu kini dilihat seperti mengabaikan prinsip perjuangannya apabila

gagal melihat isu 1MDB sebagai salah satu skandal rasuah negara.

Katanya menerusi posting di laman Facebook peribadi beliau pada malam Rabu lalu, Syed

Saddiq amat keasali dengan sikap kepimpinan PAS yang mengabaikan kontroversi ini.

“Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang.

Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali

mengorbankan integritinya sendiri.”

“Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan unutuk hanya berada

di tepi.”

Tambah beliau, perjuangan sebenar bagi seseorang Muslim itu bukanlah menentang golongan

bukan Islam tetapi melawan ketidakadilan.

“Tolonglah. Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah

menentang ketidakadilan ini sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu.”


bottom of page