top of page

MAHATHIR KECEWA PROJEKNYA DIHENTIKAN NAJIB.

SHAH ALAM, 27 Mac- Mahathir meluahkan rasa kecewanya terhadap kepimpinan Najib apabila Projek jambatan bengkok yang ketika itu didalam pemerintahannya dibatalkan serta merta ketika Najib mengambil alih pemerintahan negara.

Semalam Mahathir berucap di KONGRES RAKYAT 2016 yang dianjurkan oleh Pakatan Deklarasi Rakyat dalam mengerakkan kempen SELAMATKAN MALAYSIA dengan bertubi-tubi menyalahkan Najib kerana berdolak dalih berkenaan isu Jambatan bengkok. Ucapan beliau juga, Turut menyentuh berkenaan Hutang 1MDB serta bagaimana 1MDB ditubuhkan.

Ucapan pembukaan Mahathir semalam meluahkan kekecewaan pertamanya terhadap Najib apabila projek jambatan bengkok dihentikan, beliau menjelaskan isu itu kepada Najib “ Kenapa Projek Jambatan bengkok dihentikan?” ujar beliau,Najib memberi alasan bahawa Singapura tidak membenarkan projek itu dilaksanakan,kerana ada beberapa perjanjian antara Malaysia dan Singapura sebelum merdeka. Sambungan dari itu, Mahathir menjelaskan kepada hadirin yang hadir ketika itu bahawa tiada sebarang Perjanjian menurut Mahathir dan beliau sendiri tidak tahu perjanjian apa yang dimaksudkan Najib. Beliau juga berkata, Selama beliau memerintah pelbagai perjanjian yang beliau tahu, dan tidak pula tahu perjanjian apa yang menyebabkan Najib mengunakan alasan itu.

Rentetan dari luah rasa kecewa Mahathir semalam, beliau juga memberitahu punca 1MDB ditubuhkan kerana ingin membayar balik hutang Kerajaan yang telah dihabiskan Najib untuk kegunaan peribadi. Mahathir juga menjelaskan Najib menabur DEDAK kepada Menteri-menteri dan penyokong-penyokong setianya ( Najib ) untuk meraih sokongan serta menutup kesalahan jenayah yang beliau lakukan. Bekas perdana menteri itu berkata, “ Mereka yang makan dedak samalah dengan binatang . Mereka yang memakannya, mata dan telinga mereka tertutup.” Ujarnya lagi, Najib kini menyembah duit berbanding menyembah Tuhan.

Mahathir juga ada menyebut berkenaan peguam negara Apandi yang telah bersengkongkol melindung Najib dari tuduhan Rasuah 1MDB dan mencabar Apandi menjunjung AL-Quran dan membersihkan dirinya ( Apandi ).

Ucapan Mahathir semalam diakhiri dengan memberitahu bahawa kesanggupan beliau bersama dengan musuh-musuh politik beliau kerana itu sahaja cara untuk menyingkirkan Najib supaya Negara kembali pulih.


bottom of page