top of page

Peserta RED2GREEN diperkuda Parti Politik


Kuala Lumpur- Semalam 26 Mac, Peserta pejalan kaki dari Kuantan yang mengambil masa 15 hari serta 15 checkpoint telah tiba di Checkpoint ke 15 iaitu di Selangor ( Gombak ) dalam misi membawa suara rakyat berkenaan isu bauksit.

Peserta-peserta tersebut telah memulakan perjalanan mereka dari kuantan pada 12 mac yang lalu dan bermalam di beberapa checkpoint yang telah di tetapkan mengikut kepada perancangan awal sebelum itu. Semalam mereka telah selamat tiba di checkpoint yang ke 15 pada pukul 11 pagi sejauh 318 km pada sebelah petang dan malam ada sebuah sesi jamuan ringkas serta ceramah dari beberapa wakil parti politik ,NGO dan peserta juga turut berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan sejauh bla..bla tersebut.

Menurut dari Encik Abdul Khidir ( Bukan Nama sebenar ) yang hadir di majlis menyambut peserta red2green semalam, beliau merasakan suara mereka ( Peserta ) telah disambut dengan baik oleh parti,dan beliau berharap parti politik yang ada bersama ketika majlis menyambut peserta red2green itu dapat membawa usul bauksit ke Parlimen esok dan mengharapkan isu bauksit dapat diselesaikan sepenuhnya dengan tegas.

Seorang lagi rakyat yang hadir ketika majlis tersebut Saudara Aidil Bin Abdul kassim juga memberi pendapat, “ Ahli politik Kuala Lumpur memang pantas dalam mencantas isu serta mengambil berat isu luar negeri apabila sudah sampai didepan mata,dan kerap mengambil peluang mempromosi diri serta parti masing-masing, walaupun mulut berkata ini ISU RAKYAT.”

Memetik pula kata-kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang on/off dan tidak konsisten dalam bersama-sama peserta ketika berjalan dari kuantan, Beliau berkata, suara ini bukan sesuatu kerja yang tidak masuk akal, tetapi,setiap bentuk perlawanan perlu dipelbagaikan cara melalui kenyataan,perbuatan untuk sampaikan sesuatu kepada pihak yang berkaitan. Beliau juga berkata dalam ucapan tersebut “ Ini bukan politik,Ini adalah perjuangan rakyat,tak kisah besar mana halangan didepan,tak kisah besar mana orang di depan ,tak kisah siapa ada KEPENTINGAN, Kita akan lawan tetap lawan.” begitulah kata-kata seorang Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, beliau telah menang kerusi Parlimen Kuantan pada PRU12 dan PRU13 dengan memegang tiket Parti Keadilan rakyat.

Hari ini, Muncul pula poster di Media sosial berkenaan Wan Azizah akan menyertai peserta red2green menuju ke Dataran Merdeka iaitu checkpoint ke 16 sebelum menuju ke Checkpoint terakhir di Parlimen esok . Malam ini juga, dikhabarkan para peserta,serta penyokong-penyokong parti akan bermalam sehingga esok dan akan bersama-sama menuju ke parlimen pada Pagi Isnin dalam misi akhir menyerahkan memorandum serta meluahkan permasalah kepada Ahli-ahli parlimen yang melalui jalan masuk parlimen esok.

Salah seorang peserta telah menghubungi wartawan berkata “ Malam ini Red2Green akan bermalam di Dataran Merdeka,beliau harap supaya RAKYAT dan bukannya tokoh-tokoh Ahli Politik yang berkepentingan semata-mata DATANG bersolidariti bersama-sama,menyuarakan permasalahan rakyat dan bukannya kepentingan Parti masing-masing.


bottom of page