top of page

Khalid Abu bakar ( KPN ),dengan muka ego enggan mohon maaf.


Kuala Lumpur- Khalid Abu Bakar (Ketua Polis Negara) dengan angkuhnya enggan memohon maaf keatas kesalahan anggotanya Koperal Jenain Subi melepaskan tembakan kearah sebuah kereta yang dipandu oleh remaja bernama Aminulrasyid amzah bersama temannya, dan mengakibatkan kematian Aminulrasyid di tempat kejadian. Kini Koperal Jenain Subi dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, tetapi mahkamah telah memutuskan Aminulrasyid tidak terlibat dengan aktiviti jenayah malah memihak kepada Keluarga Aminulrasyid dalam isu tuntutan saman.

Khalid Abu bakar tidak mahu memberi ulasan berkenaan Keluarga remaja Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak 6 tahun lalu berjaya dalam tuntutan saman sivil berjumlah 414 ribu 800 ringgit terhadap pihak polis dan kerajaan

Ketika ditanya oleh wartawan berkenaan beberapa desakan NGO dan beberapa Aktivis agar beliau mengeluarkan kenyataan maaf bagi mewakili pihak polis mahupun beliau sendiri, Beliau ( Khalid Abu Bakar ) dengan muka poyo, menjawab. “ Pasal apa pula saya nak minta maaf ?.” wartawan ketika itu sedang menyoalnya, tetapi sebaliknya Khalid Abu Bakar menyoal kembali wartawan . Akhirnya, Khalid Abu Bakar dengan angkuhnya menjawab “ Tidak..tidak..saya tidak akan mohon maaf.”

Khalid Abu bakar ketika itu di “soal siasat” oleh wartawan ketika sidang media Perbarisan peringatan hari polis di PULAPOL Kuala Lumpur.

Pada 6 tahun yang lalu, Remaja berusia 14 tahun ( Aminulrasyid Amzah ) telah mati ditembak oleh koperal Jenain subi. Dilaporkan sebanyak 15 das tembakan telah dilepaskan kearah kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid. Menurut kepada kenyataan Pihak Polis ketika itu, Aminulrasyid adalah suspek jenayah. Tetapi menurut laporan siasatan sebanyak 21 Kelongsong peluru submesin-gan HK MP5 A3 ditemui ditempat kejadian dan beberapa kenyataan baru oleh Pihak polis ketika penyiasatan bahawa Aminulrasyid memandu dalam keadaan merbahaya dan menghimpit MPV polis.

Pada hari ini, Koperal Jenain Subi telah bebas, dan keluarga Aminulrasyid menang kes di Mahkamah.

“ Saya tidak akan mohon maaf.” –KPN


bottom of page