top of page

Inflasi: Miskin Bandar Paling Terjejas


KUALA LUMPUR, 24 MAC: Laporan Bank Negara mendedahkan bahawa kadar inflasi paling menjejaskan golongan miskin di kawasan bandar.

Analisis bank pusat mendapati bahawa kadar inflasi cenderung menjadi lebih tinggi di negeri-negeri maju dan ke atas golongan berpendapatan rendah.

Kadar inflasi juga didapati lebih tinggi daripada purata negara di negeri-negeri dan bandar urban seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor, di mana 36 peratus daripada penduduk negara ini menetap.

Di Kuala Lumpur, inflasi adalah paling tinggi bagi isi rumah di bawah 20 peratus daripada skala pendapatan, ia mencatatkan perubahan tahunan sebanyak 3.01 peratus pada 2015.

Perubahan tahunan indeks harga pengguna hanya 2.73 peratus di kalangan 20 peratus daripada isi rumah.

Kadar inflasi meningkat apabila pendapatan seseorang individu jatuh dengan perubahan tahap inflasi tahunan paling tinggi pada tahun 2015 direkodkan di Melaka iaitu 3.14 peratus.

Hakikatnya, isi rumah rakyat miskin membelanjakan lebih jumlah pendapatan mereka untuk keperluan seperti makanan.


bottom of page