top of page

DUA PENGEBOM BERANI MATI DIKENAL PASTI


Brussels: Ketua Pendakwaraya Belgium telah mendedahkan dua nama ahli gerakan militan IS yang dipercayai terlibat dengan serangan pengeboman berani mati di Brussels yang telah mengorbankan sekurang-kurang 31 nyawa. Tetapi, seorang suspek masih lagi belum dikenalpasti identitinya.

Kejadian yang berlaku pada hari Selesa itu telah memberi reaksi kejutan ramai pihak. Bukan sahaja di Eropah, bahkan di seluruh pelusuk dunia. Kejadian ini telah membangkitkan isu kelemahan kawalan keselamatan di negara-negara Eropah selepas pengeboman di Paris beberapa bulan yang lalu.

Pihak Pendakwaraya Persekutuan telah memberitahu bahawa Ibrahim El Bakraoui, 29, salah seorang daripada dua suspek yang telah meletupkan dirinya di Lapangan Terbang Brussels pada hari Selesa yang lalu telah meninggalkan pesanan di dalam komputer yang ditinggalkan di kawasan persembunyian militant terbabit.

Dalam pesanan itu, dia menyatakan bahawa dia selalu berkejar-kejaran, tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan, diburu, berasa tidak selamat dan jika dia masih hidup pasti dia akan ditangkap dan dipenjara.

Adiknya, Khalid El Bakraoui, 27, meletupkan bom di stesen keretapi berhampiran ibu pejabat Suruhanjaya Eropah satu jam sejurus pengeboman pertama. Pendakwaraya, Frederic Van Leeuw berkata,

“Kedua-dua pengebom berani mati itu lahir di Belgium, mempunyai rekod rompakan bersenjata. Tetapi, kedua-dua suspek terbabit tidak pernah dikaitkan dengan militan IS sehingga pengkapan salah seorang suspek pengeboman di Paris, Salah Abdeslam yang ditangkap minggu lalu.’

Sekurang-kurangnya 31 nyawa telah terkorban dan 271 orang lain cedera di dalam peristiwa terbabit. Kemungkinan jumlah korban akan meningkat kerana masih terdapat beberapa serpihan mayat di kawasan stesen keretapi dan mayat masih belum dapat dikenal pasti. Beberapa orang magsa yang terselamat masih berada dalam keadaan kritikal.

Sumber: Reuters


bottom of page