top of page

Street art melawan di Kuala Lumpur

  • Naloah Sain
  • Mar 22, 2016
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan tambahan pula kos sara hidup yang terus meningkat membebani rakyat di negara ini ramai rakyat sering meluahkan rasa ketidakpuashatian, ia juga dapat dilihat dilaman media sosial pada masa kini khususnya.

Bukanlah benda asing, aktiviti seni jalanan banyak terpampang di dinding bandaraya Kuala Lumpur, orang muda khususnya kini lebih gemar memilih dinding di sekitar bandaraya untuk karya dan menggunakan karya untuk melawan sang koruptor. Hal ini juga disebabkan banyak wakil rakyat dan menteri pada masa kini dilihat tidak memainkan peranan kerana sering mengeluarkan "statement" untuk kelihatan bodoh dan mereka ingin menambahkan hasil kekayaan dan lebihan lemak di perut mereka tanpa memikirkan kesusahan rakyat marhean kini dapat dilihat di media elektronik.

Untuk mendapatkan kepastian salah seorang pereka grafik berpengalaman Malaysia En. G Kassim ketika dihubungi dan di temu bual memberitahu "Gejala "Street Art" atau seni jalanan di Malaysia tidak mempunyai apa-apa sejarah kerana hasil dan karya itu sendiri telah dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia sejak dari dulu lagi, seni anak tempatan kurang mendapat tempat kerana mereka bukanlah individu yang berkulit cerah, berhidung mancung dan bermata biru, jadi mereka tidak diiktiraf di negara koruptor ini.."

Diharapkan Malaysia pada hari esok akan lebih baik daripada hari ini dan segala isu terjawab dan tindakan perlu diambil kepada menteri yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi tanpa mendengar keluhan dan keperitan rakyat pada masa kini.


 
 
 

Comentarios


    Like what you read? SOLIDARITY now and help us provide fresh news and analysis for readers   

Donate with PayPal

Cukong Media News

Also Featured In

bottom of page