top of page

"SPRM jangan lindung Guan Eng" -Mahfuz


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia digesa mempercepatkan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian rumah berharga RM2.8 juta yang didakwa di bawah harga pasaran.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan sekiranya hasil siasatan mempunyai bukti kukuh, SPRM perlu mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mengambil tindakan pendakwaan ke atas Guan Eng.

Dalam satu kenyataan, Mahfuz menyatakan beliau benar-benar ingin tahu bagaimana Guan Eng boleh membeli rumah pada harga tersebut.

"Saya juga hendak tahu adakah benar dan bagaimana Guan Eng boleh membeli rumah tersebut di bawah harga pasaran? Saya menggesa SPRM menyiasat apakah ada timbal balas daripada jual beli ini?," jelas Mahfuz.

Tegasnya lagi, SPRM tidak sepatutnya dilihat melindungi pelaku rasuah, hanya kerana mereka mempunyai kedudukan dan kuasa.

Ini kerana ia seolah-olah memberi gambaran undang-undang Malaysia melindungi mereka yang berkuasa dan menghukum rakyat biasa.


bottom of page