top of page

Kerajaan mahu semua portal berita dan blog politikal didaftar

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menghantar cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan semua portal berita dan blog didaftarkan dengan kerajaan.

Menterinya Salleh Said Keruak memberitahu wartawan di lobi Parlimen bahawa kertas cadangan undang-undang ini telah dihantar, lapor portal berita The Star.

Salleh menambah yang kementeriannya mempunyai set kriteria yang hanya mensasarkan portal dan blog yang politikal.

"Kita harus ingat yang laman seperti fesyen dan niaga tidak politikal," katanya.

Salleh menegaskan Internet adalah penting untuk perniagaan dan ekonomi dan undang-undang baru itu tidak akan mengganggu sektor tersebut.

Kerajaan pimpinan Najib Razak sering menyekat laluan dan menggunakan pihak polis untuk menahan pengendali portal dan pengguna media sosial yang dilihat tidak sehaluan dan kritikal terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri.


bottom of page