top of page

Keganasan dan hipokrasi: "Je suis sick of all this shit"

Selepas tersebar berita ledakan bom di lapangan terbang Zaventrm dan stesen metro Maalbeek, ramai pengguna media sosial mula meluahkan rasa simpati dan sokongan untuk rakyat Belgium dan penduduk ibu kota Brussels.

Seperti kempen media sosial berikutan serangan Paris, hashtag #jesuisbruxelles telah viral dan ramai yang mengepos bendera Belgium dan karikatur untuk solidariti.

Namun ramai lagi yang mempersoalkan mengapa ramai yang lebih 'berminat' menunjukkan solidariti apabila serangan keganasan berlaku di negara dan bandar di Barat berbanding tragedi di Ankara, Instanbul, Beirut, Bamako dan banyak lagi tempat yang bukan di Eropah Barat.

Sebuah poster yang bertulis "Je suis sick of all this shit" dikongsi oleh media British yang condong ke kiri, The Independent, mengajak pembaca untuk sama-sama mengecam keganasan serta menolak 'double standards' atau hipokrasi terhadap yang kejadian dan mangsa di negara bukan Barat.

(kredit gambar akhbar The Independent)


bottom of page