top of page

Delia Arnold Gagal Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka British

  • Cukong Media
  • Mar 23, 2016
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Pemain nombor dua wanita negara, Delia Arnold terkeluar daripada kejohanan skuasy Terbuka British 2016 setelah kalah kepada pemain Denmark, Line Hensen. Dalam kejohanan di Universiti Hull itu pada Selasa, beliau yang merupakan pemain pilihan ke-14 kejohanan menang 11-9 dan 11-8 dalam dua set pertama tetapi kalah 8-11 pada set ketiga dan 5-11 dalam set keempat dan 9-11 dalam set penentuan. Menurut laman web kejohanan, perlawanan berlangsung dalam masa 64 minit. Sementara itu ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David akan menentang pemain Australia, Donna Urquhart di pusingan kedua pada pukul 7 malam waktu tempatan atau 3 pagi waktu Malaysia pada Khamis. Beliau merupakan pemain tunggal Malaysia yang mara ke pusingan kedua. -- BERNAMA


 
 
 

Comments


    Like what you read? SOLIDARITY now and help us provide fresh news and analysis for readers   

Donate with PayPal

Cukong Media News

Also Featured In

bottom of page