top of page

Cubaan menculik gagal

IPOH: Percubaan untuk menculik seorang wanita wanita warganegara kemboja berumur 19 tahun telah gagal di plaza tol Ipoh, lebuhraya utara dan selatan pada malam tadi.

Percubaan menculik itu dilakukan oleh 4 orang lelaki tempatan dan seorang lelaki Bangladesh berusia 21 hingga 49 itu ketika wanita kemboja itu sedang keluar untuk membeli barang untuk pihak majikannya.

Menurut ketua polis daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, pihak polis terus bertindak mengesan kenderaan penculik apabila menerima maklumat dari orang awam dan majikan mangsa yang melihat sebuah kereta Nissan x trail telah membawa mangsa lari ketika keluar membeli barang pada pukul 7:30 malam tadi di jalan Mustapha Bakri.

Pada pukul 8:30 malam kenderaan suspek telah berjaya ditemui di plaza tol Ipoh, lebuhraya utara dan selatan hasil daripada pada maklumat dari orang awam.

Pihak polis telah menemui dua kenderaan yang dinaiki 5 suspek sebuah Nissan x trail dan proton persona bersama mangsa wanita kemboja itu.

Pada sidang media tengah malam tadi di ibu pejabat polis daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong telah berkata, Kelima-lima suspek tersebut bekerja di sebuah agensi pekerjaan dan dia tidak menolak kemungkinan suspek cuba memujuk mangsa untuk bekerja di tempat lain.

Kelima-lima suspek telah ditahan di balai polis tambun dan mereka akan disiasat di seksyen 363 kanun keseksaan kerana melarikan orang dengan salah.


bottom of page