top of page

Bank Dunia Lulus Projek Sanitasi Di Vietnam

BANDARAYA HO CHI MINH, 22 Mac (Bernama) -- Bank Dunia (WB) meluluskan peruntukan bernilai US$239 juta daripada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) dan US$46 juta dari Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan (IBRD) untuk pelaksanaan fasa kedua projek Sanitasi Alam Sekitar Bandar Coastal. Fasa kedua itu akan dilaksanakan dari 2016 hingga 220 di bandar Dong Hoi (wilayah Quang Binh), Quy Nhon (Binh Dinh, Nha Trang (Khanh Hoa) dan Phan Rang-Thap Cham (Ninh Thuan), lapor agensi berita Vietnam (VNA). Menurut Pakar Kanan Pembangunan Bank Dunia Le Duy Hung adalah menjadi satu keperluan untuk mempelajari pengalaman pada fasa pertama dalam teknologi rawatan air buangan, pampasan dan juga penempatan semula. Beliau berkata cadangan lengkap untuk projek kedua itu telah dihantar oleh Kementerian Perancangan dan Pelaburan kepada pihak kerajaan bagi kelulusan. Projek itu akan menyediakan sistem saliran lebih baik, pengumpulan air buangan dan loji rawatan serta perkhidmatan kutipan sisa pepejal di bandar berkenaan. Di bawah fasa pertama sejumlah US$190 juta diperuntukan IDA WB termasuk US$4.6 juta dana unit amanah daripada kerajaan Jepun dan US$5 juta dibiayai Kemudaham Alam Sekitar Global (GEF). Pada akhir 2014 projek berkenaan telah membantu mengurangkan kejadian banjir teruk kepada hampir 255,000 orang. Selain itu ia turut menyediakan sistem pengumpulan sisa pepejal kepada 800,000 orang, sistem sanitasi lebih sempurna kepada lebih 800,000 penduduk, 66,500 pelajar dan dana pusingan kepada 8,400 keluarga miskin untuk menaiktaraf kemudahan sistem pembersihan. -- BERNAMA


bottom of page