top of page

Apple lancar iPhone SE


SELASA, 22 MAC 2016 - 8:44AM IPHONE SE baru dipamerkan di ibu pejabat Apple di Cupertino, California. - Foto REUTERS CUPERTINO: Apple Inc hari ini melancarkan keluaran terbaharu iPhone SE yang menampilkan ciri bertaraf tertinggi dan dijual pada harga murah secara relatif tetapi masa depan dalam pasaran utamanya seperti China dan India mungkin terhad berdasarkan saiz yang kecil. Pada majlis pelancaran produk itu di Cupertino, California, Naib Presiden Apple yang mengetuai Pemasaran Produk iPhone, Greg Joswiak menjelaskan bahawa China adalah sasaran pasaran manakala paparan skrin empat inci yang terdapat pada iPhone SE masih popular di kalangan pembeli telefon pintar pertama kali. iPhone SE dengan spesifikasi menggunakan pemproses terkini, pengimbas ibu jari dan Apple Pay dan dijual pada harga AS$399 (RM1,619), hamir 40 peratus lebih murah berbanding iPhone 6S yang dijual pada harga AS$649 (RM2,633). - Reuters


bottom of page