top of page

2020 penceraian dijangka 15 penceraian setiap jam

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga di negara ini. Ini menunjukkan yang institusi perkahwinan semakin merapuh di negara ini.

Apakah yang difikirkan oleh pemerintah negara sehinggakan penceraian yang dianggap oleh masyarakat adalah perkara yang terpencil telah menjadi permasalah yang sukar di bendung sehingga hari ini.Adakah beban ini harus diletakkan oleh sesetengah pihak sahaja atau hanya perlu di salahkan pasangan yang bercerai sahaja.

Statistik berita yang diperoleh untuk setiap 3 tahun ini telah menunjukkan bahawas pada 2019 kadar penceraian dijangka meningkat kepada 10 penceraian bagi setiap jam. Adakah negara maju dan membangun itu memerlukan pengorbanan rakyat untuk bercrai.

- Ini adalah jangkaan yang di buat oleh penulis.

6 penceraian setiap 1jam

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih

274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulk-

an kebimbangan mengenai institusi keluarga di negara ini.

Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan

sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari

hingga Ogos tahun lalu.

Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes percer-

aian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.

Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima

tahun lalu juga menunjukkan peningkatan begitu ketara iaitu darip-

ada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik

sebanyak 10,121 kes.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk

Seri Rohani Abdul Karim berkata, kebanyakan kes perceraian

yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah.

“Kajian menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perce-

raian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah iaitu 37.2 peratus bagi

wanita dan 35.4 peratus bagi lelaki.

“Situasi ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa tempoh lima

tahun merupakan jangka masa yang sangat penting kepada pasangan

dalam mengharungi bahtera perkahwinan,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz43hUhiH8V Hakcipta terpelihara

ARKIB : 04/03/2011

Rekod Jakim: Setiap 15 minit

satu pasangan bercerai

PUTRAJAYA 3 Mac – Purata pasangan Islam yang bercerai

di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pa-

sangan setiap 15 minit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah

Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.

Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningka-

tan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai kehar-

monian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan

pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran aga-

ma dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan

tanggungjawab sebaik mungkin

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0304&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm#ixzz43hNNyn1w © Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 09/08/2013

3 pasangan Islam bercerai setiap

jam di Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Terdapat purata tiga kes penceraian bagi

setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.

Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM),

Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata, maklumat itu dipe-

roleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.

Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000

kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi

tahun 2011.

"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 senti-

asa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya

kepada Bernama.

Noor Aziah berkata, situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu

yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun me-

ngetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu.

Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan

ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan

bagi mengurangkan kes perceraian sekali gus membentuk sebuah kelu-

arga bahagia.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130809/dn_05/3-pasangan-Islam-bercerai-setiap-jam-di-Malaysia#ixzz43hOe4Gms © Utusan Melayu (M) Bhd


bottom of page