top of page

15 Tahun Kerja Buruh - Hukuman kepada pelajar Amerika di Korea Utara


Otto Frederick Warmbier, 21 tahun, seorang pelajar dari University of Virginia Amerika Syarikat telah dijatuhkan hukuman melakukan kerja buruh selama 15 tahun, pada 16 March yang lalu di Korea Utara ketika beliau melakukan lawatan ke negara terbabit. Beliau dikatakan telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan cubaan mencuri papan tanda propaganda yang mempunyai slogan politik di Hotel International Yanggakdo, Korea Utara. Tindakannya itu dikatakan telah melanggar polisi negara bekenaan dan dianggap sebagai tindakan subversif dan bertujuan untuk melemahkan atau me­musnahkan sesuatu sistem kerajaan. Malah, tindakannya juga dianggap sebagai ‘tindakan permusuhan’ atau hostile act dan mengganggu gugat keamanan dalam negara.

Dalam sidang media, Warmbier merayu agar pihak kerajaan Korea Utara dapat memaafkan kesalahannya dan beliau mengaku yang beliau telah melakukan kesalahan besar dalam hidupnya. Ibu bapa Warmbier ketika ditemubual menyatakan yang mereka berasa amat lega kerana akhirnya dapat melihat anak mereka dalam berkeadaan baik semenjak ditahan 2 bulan lalu.


bottom of page