top of page

Pasukan bola sepak tajaan Dato Vida dakwa tiada duit langsai hutang pemain

  • JON
  • Mar 22, 2016
  • 1 min read

BEKAS pemain Kelantan, Austin Amutu menuntut Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk melunaskan hutang gajinya yang berjumlah RM170,000.

Pasukan Pamoga Qu Puteh-The Red Warriors atau demi tidak membazir ruang siber, panggil sahaja pasukan Kelantan telah meminjam Amutu dari Warri Wolves FC yang beraksi di Liga Nigeria.

Walau bagaimanapun, Amutu menjelaskan tidak akan membawa kes tunggakan tersebut kepada badan bola FIFA sepertimana dilakukan bekas penyerang Kelantan Erwin Carrillo.

Amutu mengakui dia sayangkan Kelantan namun perlu mempertahankan haknya.

"Saya sudah lakukan segala-galanya buat pasukan, saya juga sayangkan Kelantan.

"Saya telah melakukan banyak pengorbanan terhadap Kelantan tapi kenapa mereka (KAFA) buat begini terhadap saya," jelasnya yang dipetik dari laporan media tempatan.

Amutu juga mendedahkan ada berjumpa dengan Presiden KAFA Annuar Musa yang mendakwa bahawa pihaknya tiada wang untuk membayar tunggakan gaji tersebut walaupun mendapat tajaan puluhan juta ringgit dari syarikat milik Dato' Seri Vida.


 
 
 

Commentaires


    Like what you read? SOLIDARITY now and help us provide fresh news and analysis for readers   

Donate with PayPal

Cukong Media News

Also Featured In

bottom of page