top of page

Band Punk Dari US ( Total Chaos ) kena GAME


Sebuah Band Punk Total Chaos yang ditubuhkan pada tahun 1989 (https://en.wikipedia.org/wiki/Total_Chaos), baru-baru ini telah datang ke Malaysia dalam rangka persembahan TOUR ( South East Asia Punk Invasion tour 2016 ) ke beberapa negara Thailand,Malaysia dan Indonesia.

Total Chaos sempat beraksi di pentas JB ROCK FEST ( Johor Bahru ) yang di anjurkan oleh sebuah Record yang dikenali sebagai GUDANG RECORD. Tetapi, agak malangnya. Total Chaos tidak dapat beraksi di Jakarta pada keesokkan harinya kerana kegagalan pihak pengurusan Gudang Record menghantar Mereka ke Lapangan Terbang Changi ( Singapore ). Menurut kepada status Facebook Total Chaos, Xainal dari Gudang Record enggan memasuki ke Singapore lalu membuat keputusan lain dengan menghantar ahli band Total Chaos ke Kuala Lumpur ( KLIA 2 ) yang memakan masa 5 jam dari Johor Bahru.

Setelah mereka ditinggalkan di KLIA-2 , Xainal telah berlalu pergi dengan membawa lari wang Total Chaos sebanyak 4.000 USD. Dimaklumkan ,wang yang di bawa lari itu, adalah wang yang diberikan oleh penganjur di Indonesia untuk mereka ( Total Chaos ) membeli tiket pulang ke US apabila selesai persembahan di Indonesia.

Sehingga kini, Tiada sebarang kenyataan dari wakil Gudang Record ataupun dari promoter agent berkenaan insiden ini.

Terkini, Beberapa band-band dan peminat dari Thailand,Indonesia dan Malaysia sedang berusaha untuk mengumpul wang untuk membantu Total Chaos pulang ke US.


bottom of page